Saturday, November 26, 2011

assalamualaikum :)

Ya Allah....
Jika hatiku tidak ikhlas melakukan amal ibadah...
Jika hatiku riak terhadap kelebihan yang Kau berikan...
Ingatkanlah aku bahawa Kau telah memberikanku pilihan...
destinasi abadi antara syurga atau neraka...


Ya Allah...
Ingatkanlah aku bahawa dunia ini medan ujian...
Ingatkanlah aku bahawa akhirat itu tempat menuai hasilnya...
Bimbangkanlah aku bahawa hari esok belum pasti menjadi milikku...
Kerana mungkin aku tidak akan terjaga lagi...
Ingatkanlah aku bahawa kain putih itu pakaian terakhirku...
Sedarkanlah aku bahawa akulah bakal penghuni kubur...
Yang bakal disoal Munkar dan Nakir...
Sedarkanlah aku bahawa azab kubur itu dahsyat,
Agar aku terjaga daripada lamunan dan ketawaku,
Menangis menyesali dosa-dosa lalu..


Ya Allah...
jangan biarkan cintaku kepada keluargaku... 
jangan biarkan cintaku kepada sahabat-sahabatku... 
jangan biarkan cintaku kepada kenikmatan duniawi...
lebih aku cintai daripada cintaku kepada-Mu...
tetapi Ya Allah...
cintakanlah aku kepada kematian,
kerana hanya itu yang bisa membawaku...
lebih dekat kepada-Mu...


Ya Allah...
ighfir dzunuubi...ighfir dzunuubana...



ya allah,sesungguhnya hanya KAU yg mengetahui betapa kuatnya ibu bapaku dlm mendidik kami lima beradik..sesungguhnya setiap dripada kami mempunyai perangai dan sikap yg berlainan.tidak serupa.sorang mcamni.sorang mcmtuuu..masing2dengan ego dan peribadi yang sangat berbeza..masing2 dengan kepintaran dan kebijaksanaan dalam profesyen yg berbeza..tidak seperti adik beradik sahabat kami yg lain..sesungguhnya hanya KAU yang mengetahui sedang tidak kami ketahui, YA ALLAH <3 semoga engkau membalas kekuatan dan ketabahan ibu bapa kami di akhirat kelak..aminnnnnnn :) p>

dannnnnnnnnn,mira sgt bersyukur mama dan abah tak bg layanan yg berbeza walaupun kami ad kekurangan yg sgt berbeza jugak :)

alhamdulillah ya allah..kau peliharalah keluargaku di dunia dan di akhirat agar terpelihara dalam agamaMu....
Published with Blogger-droid v2.0.1

0 278ngomel org(^_^):

Post a Comment